Monday, March 30, 2009

KGku... Kelapa sawitku..

Dah lame x update blog hehe.. maklumla tgh busy wat asimen.. tp kalu time cuti, balik umah, asimen mmg xlayan coz adela aktivity yg xleh aku miss, nak ke xnk, kenela buat jgk. nk kene usahakn kebun klape sawit ayah aku ni..

Ni keadaan tahun 2006
Ni tahun 2009 (present)

Ayah aku ni ckgu n aku pun bknla duk kat felda.. tp saje je berbakti pada tanah, huhu.. yg aku plg hepi, buah2 klape swt tersyg aku (kononla) dah membuahkan hasil.. syok jgk la walaupun xbyk. (lbih kurg 1 tan skali kait jer) mampu mbuatkn aku tersenyum.


Ni aku, jgn salah anggap mat indon lak

Dengan bantuan kaitan oleh mat indon, mmg mat indo nii gagah perkasa la.. mmg aku tabik, mmg xpenat leleh. kerja dari pagi smpi ptg.. smbhyg konpom x.. huhu.. coz matlamat diorg hanya nak duit jek. mat malay mmg xsgagah ni la..


Gmbr mat indon aku curi2 snap

Upah kait lak mahal utk pokok kecik coz rumit n penat coz kait pakai cok betul n kene membongkok je utk kait buah. so mmg penatla. silap tikam buah, mmg leh mati pokok tu.

Hasil buah yg bakal jadi myk kat dapur

Slain daripada buah, byk jgk flora n fauna kat kbun ni.. termasukla yg aku xnk jumpe.. nauzubillah.. coz mmg masuk agak dalam ke hutan ckit, kalu sorg2 mmg aku xbrani g la..

Ni burung ape? haha..

SEKIAN...

Tuesday, January 13, 2009

hobby.. dalam Bm, Hobi.



Inilah Ahmad Fitri

Syauqah Wardah

Kali ni aku nak cite pasal hobi. bukan pasal hobi aku, hobi aku secret recipe. ni hobi adik aku, bernama Ahmad Fitri pasal melukis. mmg hobi die r tu. Dari kecik sampai ke besar. kalu kecik2 dulu die suke lukis mengarut2. tapi ble dah besar ni, Alhamdulillah, sejak masuk skul agama ni, (skrg baru lpas SPM dan blaja di skolah pondok Pasir Tumbuh, Klate) terus lukisan pun jadi islamic. bagusla adikku. teruskan usahamu. Takbirrr!!!... ( utk pilihan raya kecil parlimen K.T pd 17hb nanti)

BeAr, UDM dan MsT

Holla!! Pada minggu lepas, iaitu bersamaan dengan 7hb. 01.09, aku telah pulang ke terengganu dan menetap di UDM. tapi nama sinonim yg bg aku ialah Kusza coz name tu lah yg diorg pakai masa aku belajar sekejap di sana. sebenarnye aku balik terengganu pun xdijangka. coz terpaksa temankan seseorang.

Tangan bear la 2. hehe. nmpk separuh jer

Sampai je kat k.t, kwn aku mai la amik pagi2 lg tu. naik kereta turbo saganye yg kaler putih no plate kepala TK. mmg aku dah sinonim jgk ngam kereta ni dari dulu lg, mmg byk berjasa. bak kata pepatah, miang2 keladi, makin tua makin menjadi. nak dipendekkan cerita, aku pun sampaila dan tido la dkt hostel UDM ni.. so aku pun dgrla cerita yg kwn aku ni, oh ye, name die crazi. bukan crazy k, c.. razi. pronounce mcm tu k. crazi ni pun bgtau la yg diorg nak p main boling dgn budak2 BEN yg lain, (Bac. of. English) tp aku mcm xbminat coz letih. so lam cerita tu adela aku mendapat tahu yg seorang budak ben tu lain dari yg lain, dengar nama dah tau dah, nama die Bear. malahan aku dah kene sound dah mase first time d bear tu mase aku tido, die tanye crazi aku smart ke x, mungkin die ingat aku tido tp aku pura2 je coz aku takut dengar suara bear tu. (Bear jgn mare ea) haha.

Bear d alam fantasi

So dari pagi tu sampai ke ptg, aku dgrla cerita dari kwn2 lama aku ni pasal bear yg ckp die ni sebijik mcm kaum hawa. tp yeke.. kte sambung balik crite ni nant. perjalanan aku ke kusza kali ni nyata x sia2 kerana ramai kwn lama aku dapat jumpa time diploma dulu macam tok arab (skrg ni gstt berjaya), faez (dari XxXL menjadi L), mat du ketat (badan berisi tapi ketat), anip sidek (tengah gembira dengan kancil hijaunya), bob (myvi baru) ngam crazi( TK saga turbo) bersama2 budak2 ben yg lain. sambung lak cerita pasal bear, setelah aku mendengar byk cerita pasal bear, maka aku ni betul2 teruja nak nengok c bear ni. mmg teruja la. so malam tu aku memberanikan diri untuk memasuku bilik bear, bukan aku masuk sorg2 k. dengan ramai2 r coz time 2 diorang tegah main kad, lantas fuh!!! hatiku berkata, walaupun aku ni lelaki 200% normal, tapi bear ni mmg cun huahuhuaha gak la.. mcm gurl sebijik jgk.. tp aku senyap je la xkn nk lebih2 lak. tp yg bagusnye bear ni xjoin persatuan2 makyah kat c2, tapi join geng2 aku la,, perangai pun mmg gilo la mcm laki, isap rokok jgn cakap la.. cume die ni kuat mekap je. bedak mmg bawe sokmo la..
Main Bowling class Pro!

Aku masih trauma hingga keesokkan harinya. nasib baik aku dapat kuar makan dkt NR cafe dengan membawa kereta TK saga turbo crazi ditemankan seseorang, lega rasanya hati ini. bear pun dah tegur2 aku so ok la, xla janggal sgt rasanya kan. mlm tu plak bmulalah aktiviti bermain bowling di Diman Superbowl, yg baru dibuka dkt stadium baru. mmg rakyat bumi terengganu telah dihujani demam bowling sehinggakan aku terpaksa menunggu sejam nak main bowling! stelah penat menunggu dan mengusha awek2 ganu c2, kami pun bermain la.. pada game pertma, nyata permainan aku tidak menjadi, hanya 3 kali spare? malu sungguh rasanya, mungkin aku xbiasa bermain disana dan gelanggang tu bukan keramat bagi aku. tapi yg menjadi topic mlm tu ialah anih sidek yg berjaya mendapat skor tertinggi pada game kedua. ala maklumla game kedua kan, org sume dah malas nak hayon bola, die plak yg bersemangat nak lebih2 main, sbb tu la die menang. bg je la die menang.. so lepas penat bermain, kteorg g la minum air buah gelas besar gedabak di seberang takir, kalu mai ganu jgn lupa g dinu. mcm2la air yg dioder sampai 4,5 jenis buah dicampur dalam 1 gelas, mmg kreatif iorg ni kalu bab2 makan dan minum ni. sambil makan keropok lekor sambil sembang2. kirenye malam tu menjadi jgk r. hajatnye lepas tu nak overnight coz UDM ni skema lepas pkul 12 xleh masuk dah, namun malam tu kami bernasib baik coz dapat masuk kerana rupe2nye polis2 yg duk menjaga pilihan raya duk kat UDM. ni yg aku nak sembang bab politik plak ni, ni nak mengundi ke berperang sampai ramai gle polis dibwk masuk. lantakla.. mlm tu aku tido dgn lena tu pun stelah bsmbang ngam crazi.

esoknye.. aku pun bertolak balik ke kl.. naik bas pukul 10 pagi. tapi sblum tu, pagi2 lg aku dah bertolak ke pusat tuisyen MST untuk berjumpa dengan cikgu yg mengajar di c2. kerana ada urusan peribadi yg hendak diselesaikan. sampai saja di kl, jila datang menjemput aku dan kenangan di UDM kali ni menjadi antar yg terseronok juge dalam benakku. Adios!!

Hepi blogging..


Jam sekarang tepat menunjukkan pukul 1.11 pagi.. (14.1.2009) bermulalah sesi blogging yg pertama di dalam hidup aku ni. bukan ape.. rumah mawar biru aku ni dah dihujani sesi buat blog, so ape salahnye aku cube buat jugak kan. tetiba rasa sng je la buat blog ni, knapela aku xbuat mase tahun lg 1995 lg kn. mgkin pada mase tu itenet xde lg kot or baru ade.
tp xpela at least aku buat jugak kn. terima kaseh kpd wan chope atau kaki besi kerana sudi memberi tunjuk ajar. kalu bukan kerana aku, die xkn dapat mengajar sape2. maklumla sume amatur, nant akn dapat la tunjuk ajar yg pro plak. baru de class blog ni. InsyaAllah.. so akan dicontinue plak dimasa hadapan. jam dah menunjukkan 1.18am, namun tenaga masih penuh didada, mata masih luas terbuka, aku masih xmau tido juga.